Dasar Privasi Dan Syarat

DASAR PRIVASI

 

Pengenalan

Seperti yang digariskan dalam Akta Perlindungan Peribadi 2010, MHIBUS amat menitikberatkan privasi pengunjung dan klien dimana kami hanya akan mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi data peribadi selagi mana kontrak perjanjian masih berjalan.

Sebagai pengunjung biasa yang hanya melawat laman web ini pula, tiada maklumat peribadi akan diambil kecuali data komputer yang tidak sensitif dan bukan bersifat peribadi iaitu Internet Cookies dimana ianya diambil bagi tujuan saringan statistik laman web kami sahaja.

Manakala bagi pengunjung yang menghantar borang pesanan atau borang tempahan melalui laman web, maklumat peribadi yang diambil adalah seperti:

  • Nama
  • Nombor Telefon
  • Alamat E-mel
  • Negeri (borang tempahan sahaja)

Kami tidak akan berkongsi atau memperdagangkan maklumat peribadi tersebut kepada pihak ketiga.

Berikut merupakan dasar privasi yang dikenakan terhadap klien kami dan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila hantar pesanan melalui borang yang disediakan pada widget atau di halaman Hubungi Kami.

 

Pengumpulan Data Peribadi

MHIBUS berhak meminta dan mengumpulkan maklumat peribadi klien yang telah bersetuju melanggan/menggunakan perkhidmatan kami. Data-data yang dikumpulkan meliputi:

  • Maklumat pengenalan diri atau syarikat seperti nama, umur, nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan dan lain-lain.
  • Maklumat untuk dihubungi seperti alamat, nombor telefon, e-mel dan lain-lain.
  • Sebarang maklumat lain yang diperlukan berkaitan servis/produk yang dilanggan.

 

Penggunaan Data Peribadi

Data-data peribadi yang telah dikumpul hanya akan digunakan oleh ahli-ahli korporat kami dan pihak ketiga yang terlibat dalam penyedian servis/produk tersebut sebagaimana yang telah dibenarkan dan dipersetujui oleh klien dalam perjanjian. Contoh pihak ketiga yang terlibat ialah penyedia hosting, syarikat gerbang pembayaran dalam talian (online payment gateway), penyedia pemalam (plug-in) dan lain-lain.

Maklumat peribadi yang dikumpul akan digunakan oleh pihak kami dan pihak ketiga untuk sebahagian atau kesemua tujuan berikut:

  • Untuk membolehkan kami mentadbir akaun berdaftar klien dengan kami.
  • Untuk melakukan kaji selidik tentang demografi dan trend pengguna laman web bagi meningkatkan mutu laman web serta servis/produk yang ditawarkan.
  • Untuk sebarang tawaran, promosi dan peraduan lain atau akan datang yang akan diberi berdasarkan maklumat peribadi klien.
  • Untuk memberikan sokongan bantuan dan menyampaikan maklumat berkaitan servis/produk kepada klien.
  • Untuk pengesahan dan perlaksanaan transaksi kewangan berkaitan bayaran yang klien lakukan secara atas talian.
  • Untuk melaksanakan aktiviti dalaman.

 

Penyimpanan Data Peribadi

Kami akan menyimpan maklumat peribadi klien sepanjang tempoh langganan dengan kami. Apabila tempoh langganan tersebut telah tamat dan klien tidak lagi mahu memperbaharuinya, kami akan memadam dan menghapuskan data-data ini kecuali nama klien/perniagaan dan nama projek (nama laman web atau nama logo) dimana kami akan menggunakannya sebagai rujukan kepada klien lain berkenaan projek yang telah dilaksanakan oleh kami.

 

Perlindungan Data Peribadi

Perlindungan data adalah suatu amanah dan merupakan perkara penting bagi kami. Oleh itu, maklumat peribadi klien yang dikumpul dan disimpan akan dilindungi dengan selamat menggunakan sistem keselamatan dengan nama id dan kata laluan yang unik yang terdapat pada laman web kami.

 

Akses & Kemaskini Data Peribadi

Klien mempunyai hak untuk akses dan kemaskini maklumat peribadi pada bila-bila masa dan boleh melakukannya dengan mengakses akaun klien di laman web kami. Klien perlu memastikan maklumat peribadi tepat, lengkap dan terkini agar tidak timbul kesulitan bagi pihak klien dan juga bagi pihak kami pada masa akan datang.

 

Perubahan Privasi

Kami berhak mengubahsuai dan meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan pada Dasar Privasi akan dikemaskini pada halaman ini dan kami juga akan memberikan notis pemberitahuan kepada klien sedia ada melalui e-mel. Klien perlu memeriksa Dasar Privasi setiap kali mengunjungi laman web kami agar klien dimaklumkan sepenuhnya oleh versi dasar terbaru yang digunapakai.

 

 

SYARAT

 

Pengenalan

Pernyataan di bahagian ini merupakan syarat-syarat yang terguna pakai pada laman web MHIBUS di bawah operasi perniagaan MHIBUS SDN BHD dengan nombor pendaftaran perniagaan 1303662-M.

Dengan mengunjungi dan/atau melanggan perkhidmatan pada laman web ini, klien telah memahami, mengakui dan bersetuju bahawa syarat-syarat ini mengikat klien dan merupakan suatu perjanjian antara klien, pihak ketiga yang mengambil bahagian dan kami.

 

Penafian

Klien dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa MHIBUS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung atau tidak langsung meliputi:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran data klien.
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga terhadap klien.

 

Pautan

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang berkepentingan dimana laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Jika klien telah menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman web kami, klien perlu ketahui bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas laman web tersebut. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya menerusi laman atau pautan tersebut. Klien dinasihatkan berhati-hati dan melihat dasar privasi serta syarat-syarat yang terpakai untuk laman web tersebut.

 

Perkhidmatan Pihak Ketiga (Templat, Plugin, Addon)

MHIBUS turut menggunakan khidmat sampingan oleh pihak ketiga yang dipercayai jika klien mahukan servis tersebut. Ini meliputi:

  • Nama domain
  • Pelan hosting
  • Khidmat gerbang pembayaran atas talian
  • Templat, plugin, atau addon tambahan

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga ini adalah diluar kawalan MHIBUS dan klien perlu membaca dan memahami terma & syarat yang dikenakan oleh pihak terbabit. Segala hal berkaitan isu pengembalian wang hanya melibatkan klien dan pihak ketiga sahaja.

Sokongan (bantuan permasalahan), fail kemaskini dan manual atau tutorial daripada pihak ketiga akan diberikan oleh kami jika klien masih lagi mempunyai tempoh langganan sokongan MHIBUS. Tiket sokongan perlu dihantar ke dalam Portal Pelanggan. Klien juga boleh menghantar pernyataan masalah secara terus kepada pihak ketiga tersebut. Untuk sokongan yang lebih baik dan secara terus, klien boleh melanggan Servis Tadbir Urus Laman Web yang ditawarkan oleh kami.

Sekiranya klien tidak meneruskan langganan sokongan MHIBUS, namun masih mempunyai langganan sokongan daripada pihak ketiga, klien boleh berurusan dengan pihak ketiga sahaja. Klien akan diberitahu jika perkhidmatan pihak ketiga memerlukan langganan berulang atau percuma selama-lamanya.

Jika terdapat masalah yang timbul akibat daripada penggunaan perkhidmatan pihak ketiga yang ditambah sendiri oleh klien, ianya bergantung pada budi bicara kami sama ada untuk membantu klien atau tidak.

 

Manual & Tutorial

Manual yang disediakan adalah dalam bahasa Malaysia, begitu juga dengan asas pengetahuan (knowledgebase) dalam Portal Pelanggan. Jika klien mahukan manual bahasa Inggeris (sumber luar & lebih mendalam), kami boleh sediakan.

Terdapat 2 jenis tutorial (klien servis Bina Laman Web sahaja) yang akan diberikan kepada klien iaitu tutorial secara terus daripada kami dan tutorial melalui program. Tutorial secara terus adalah sebanyak 4 jam selama sebulan selepas selesai projek manakala tutorial melaui program adalah tiada had penggunaan dalam tempoh sebulan.

 

Pembatalan & Pengembalian Wang

Sesuai dengan servis profesional yang ditawarkan, MHIBUS juga memberikan peluang kepada klien yang tidak berpuas hati atau tidak mahu meneruskan perkhidmatan yang telah dilanggan jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Klien mempunyai hak untuk membatalkan perkhidmatan sekiranya:

  • MHIBUS tidak dapat menyiapkan projek pada waktu yang telah ditetapkan.
  • Reka bentuk tidak menepati citarasa klien.
  • MHIBUS lambat memberi maklum balas semasa projek berjalan

Segala tuntutan akan diperhalusi dan jika ianya menepati syarat-syarat yang ditetapkan, satu invois pengembalian akan diberikan dan wang akan dikembalikan selepas 2 minggu dari tarikh tuntutan.

Jumlah pengembalian wang tidak termasuk perkara-perkara berikut:

  • Langganan domain
  • Langganan hosting
  • Langganan gerbang pembayaran atas talian
  • Langganan templat, plugin, atau addon daripada pihak ketiga yang direkomenkan oleh pihak kami

MHIBUS tidak akan mengembalikan kos untuk perkara-perkara di atas kerana ia adalah langganan secara langsung antara klien dengan pihak ketiga.

 

Sokongan

Klien servis ‘Bina Laman Web’ dan ‘Reka Bentuk Laman web’ akan diberikan akses ke Portal Pelanggan setelah projek bermula. Portal Pelanggan merupakan sebuah portal yang disediakan khusus untuk klien melihat perkembangan semasa projek, manual atau tutorial, dan menyatakan masalah yang timbul setelah projek siap.

Tempoh akses untuk klien servis ‘Bina Laman Web’ adalah bergantung pada langganan yang telah dibeli dan notis peringatan untuk menyambung tempoh akses akan diberikan 7 hari sebelum tamat tempoh. Selepas tamat tempoh, klien yang tidak memperbaharui langganan tidak akan mempunyai akses ke dalam portal tersebut dan segala data peribadi klien berkenaan akan dihapuskan kecuali rekod yang menunjukan bahawa klien telah menggunakan perkhidmatan kami.

Tempoh akses untuk pelanggan servis ‘Reka Bentuk Laman Web’ pula adalah selama 3 bulan. Selepas tamat tempoh, pelanggan tidak akan mempunyai akses ke dalam portal tersebut dan segala data peribadi pelanggan berkenaan akan dihapuskan kecuali rekod yang menunjukan bahawa klien telah menggunakan perkhidmatan kami.

 

Penamatan

MHIBUS boleh menamatkan akses klien ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.

Kami juga boleh menamatkan atau menggantung akaun klien yang tidak aktif, iaitu didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Klien bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap klien atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

 

Pengubahsuaian Pada Perkhidmatan

MHIBUS berhak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan atau sebahagian daripada perkhidmatan sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Klien mengakui dan bersetuju bahawa pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada klien atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Perubahan Pada Syarat

MHIBUS berhak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web ini, didapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, kami akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada klien.

 

Adalah dipersetujui bahawa untuk memastikan klien mengikuti sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini, klien akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa dan secara tetap. Klien selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan klien terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

 

Kemaskini: 4 Januari 2019