Servis Sokongan Dan Pengurusan Laman Web

Laman web perlu sentiasa dikemaskini dari segi pengisian mahupun sistem itu sendiri. Maklumat web yang tidak dikemaskini akan membuatkan pengunjung bosan & meninggalkan laman web tersebut. Lebih mendukacitakan apabila terdapat pengunjung yang tersalah informasi setelah mempercayai maklumat dalam laman web berkenaan.

Pemilik perlu memastikan sistem sokongan dikemaskini apatah lagi jika ianya memerlukan perhubungan dengan pihak ketiga. Laman web juga perlu diawasi khususnya berkaitan aspek keselamatan. Oleh itu, langkah berkaitan perlu diambil agar sebarang ancaman dapat diatasi dengan efisen.
Tidak kurang pentingnya penggunaan teknik SEO untuk peningkatan trafik pelawat ke laman web. Teknik yang betul perlu diimplementasi terhadap setiap kiriman, halaman dan lain-lain untuk mendapatkan keputusan tinggi dalam carian enjin seperti Google, Bing atau Yahoo.

Skop Servis

Skop tugas terbahagi kepada 3 pelan iaitu Sokongan Asas, Sokongan Premium dan Pengurusan Editorial.

Sokongan Asas

Kami akan kemas kini sistem, menguruskan sekuriti (asas) dan backup, serta pengubahsuaian tetapan (settings). Sokongan hanya boleh dibuat melalui penghantaran tiket dalam Portal Pelanggan sepanjang masa.

Sokongan Premium

Kami akan kemas kini sistem, menguruskan sekuriti (premium) dan backup, serta pengubahsuaian tetapan (settings). Sokongan boleh dibuat melalui panggilan dan mesej sepanjang waktu serta melalui Portal Pelanggan.
l

Pengurusan Editorial

Kami akan uruskan hal berkaitan penerbitan atau kemas kini halaman, kiriman, produk dan media kecuali hal berkaitan komen-komen dan proses jual-beli produk dimana ianya memerlukan pengetahuan dan polisi anda.

Berminat Dengan Servis Di Atas?

Hubungi kami terus untuk ketahui maklumat lanjut dan dapatkan sebut harga untuk setiap servis.