Perunding Pemasaran Online Malaysia

Kami merupakan perunding pemasaran online Malaysia, menawarkan solusi berkenaan pemasaran online dengan servis berkualiti dan pelan harga yang murah serta berpatutan.

Pemasaran Online

Antara kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan adalah penggunaan kaedah pemasaran yang berkesan. Terdapat pelbagai kaedah pemasaran yang boleh digunakan, namun yang paling berkesan pada masa kini adalah pemasaran online atau pemasaran internet.

Kini, perhubungan sesama manusia menjadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan internet. Jumlah pengguna internet di Malaysia sahaja mencecah 24 juta pengguna & purata penggunaannya melebihi 4 jam sehari. Dengan prospek sedemikian rupa, tidak hairanlah pemasaran online atau pemasaran internet menjadi pilihan utama bagi ahli perniagaan.

Servis Yang Ditawarkan

Terdapat 5 jenis servis pengiklanan online / pengiklanan internet yang kami tawarkan dan juga turut ditawarkan 1 servis sampingan.

Google Ads

Google Ads adalah suatu platform pengiklanan yang disediakan oleh Google (enjin carian terbesar di dunia) dimana anda boleh mengiklankan perniagaan secara berkesan melalui kaedah search ads, display ads & video ads. Tetapkan bajet & caj berdasarkan kos per klik sahaja!

Facebook Ads

Facebook adalah salah satu media sosial yang menghubungkan seseorang dengan rakan-rakan yang lain. Dengan memiliki lebih daripada 23 juta pengguna di Malaysia sahaja, sememangnya Facebook Ads mempunyai pasaran pengiklanan online yang sangat luas & berkesan!

Instagram Ads

Instagram mempunyai pengguna yang rata-rata adalah golongan muda & berpusat di kawasan bandar. Dengan trend perniagaan sekarang yang memasarkan perniagaan mereka khusus untuk golongan ini, maka sememangnya anda akan rugi jika tidak memanfaatkannya!

Pemasaran E-mel

E-mel adalah salah satu platform perhubungan yang membolehkan pengguna mengirim pesanan kepada penerima. Kini, memiliki akaun emel menjadi satu keperluan bagi rakyat Malaysia. Hantar iklan perniagaan anda melalui e-mel untuk dapatkan maklum balas penerima!

Pengiklanan Lain

Terdapat platform pengiklanan online lain yang turut mempunyai tarikan dan komuniti pengguna yang ramai. Antaranya ialah Mudah, Majalah, Recommend, ServisHero, Kaodim & lain-lain. Gunakan potensi platform ini untuk mengmbangkan jenama perniagaan anda!

Pengurusan Media

Adakah anda sibuk atau merasakan mengurus aktiviti dan tetapan media sosial adalah sesuatu yang susah atau melecehkan? Jika ya, anda boleh melanggan servis ini. Kami akan memberi nasihat dan uruskan segalanya serta memastikan kandungan akan sentiasa dikemaskini!