Servis Pengiklanan Google Ads

Setiap pengguna internet pasti akan mencari kehendak dan keperluan mereka menggunakan enjin carian internet terlebih dahulu. Google merupakan salah satu pilihan dan ia adalah enjin carian terbesar dan paling popular di dunia.

Atas kapasiti itu, Google telah memperkenalkan platform pemasaran internetnya iaitu Google Ads. Dengan medium ini, setiap usahawan boleh mengiklankan perniagaan mereka secara berkesan melalui kaedah search ads, display ads, video ads dan remarketing ads.

Kaedah Pengiklanan Google Ads

4 Kaedah Yang Digunakan

Pengiklanan Melalui Google Search

Iklan diletakkan pada carian teratas dalam senarai carian Google berdasarkan faktor bidaan kata kunci dan faktor-faktor lain.

Pengiklanan Melalui Google Display

Iklan interaktif berbentuk teks, gambar atau video dipaparkan untuk menarik orang ramai mengunjungi halaman pengiklan.

Pengiklanan Melalui YouTube

Iklan akan dipaparkan melalui YouTube – sebuah laman web perkongsian video dengan bilangan video yang ditonton dalam sehari melebihi 5 bilion.

Pengiklanan Melalui Google Remarketing

Iklan spesifik berkenaan laman web pengiklan yang ditujukan kepada pelawat yang pernah mengunjungi laman web pengiklan untuk kembali berhubung.

Tawaran Servis Pengiklanan Google Ads Kami

Boleh Menjalankan Iklan Pada Sebarang Bajet

Bajet yang anda ingin dilanjakan setiap hari atau sepanjang tempoh iklan / kempen berjalan ditetapkan. Bajet tersebut boleh diubah pada bila-bila masa. Anda juga perlu menetapkan amaun maksimum untuk bidaan yang anda sanggup bayar apabila seseorang melihat iklan atau mengambil tindakan yang anda mahukan.

Mengoptimumkan Paparan Iklan

Kami akan mencipta paparan atau bentuk iklan yang paling optimum berdasarkan pakej langganan. Misalnya menggunakan kata kunci yang popular dan sambungan (extensions) tambahan seperti sambungan lokasi, sambungan panggilan, sambungan callout, sambungan sitelink dan lain-lain . Semua ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai.

Sasaran Penonton Berdasarkan Pilihan

Kami akan memilih sasaran pengguna yang sesuai untuk melihat iklan anda. Antara sasaran yang digunakan adalah peranti yang digunakan atau ciri-ciri demografi seperti umur, jantina, bahasa dan tempat tinggal. Teknik tersebut adalah untuk memastikan iklan dapat disalurkan kepada kumpulan pelanggan yang dikehendaki sahaja.

Laporan Iklan Sepanjang Kempen Disediakan

Kami akan menyediakan laporan iklan supaya anda boleh melihat perjalanan, perkembangan dan statistik iklan sepanjang kempen berjalan. Laporan yang disediakan adalah berbentuk visual yang mudah difahami dan menarik. Dengan laporan tersebut, ianya dapat membantu anda untuk melihat prospek kekuatan & kelemahan iklan yang dicipta.

Pakej Harga Pengiklanan Google Ads

Ingin Tahu Servis Pengiklanan Yang Lain?

Ketahui potensi pengiklanan melalui Facebook Ads.