Servis Pengiklanan Instagram Ads

Instagram adalah media sosial yang tujuan asalnya dicipta untuk pasaran peranti mobil kerana lebih ramai yang mengakses internet melalui medium tersebut. Kini, ia antara salah satu aplikasi mobil yang paling popular. Jumlah penggunanya di Malaysia adalah seramai 13 juta dan majoritinya adalah golongan muda & berpusat di bandar. Dengan trend perniagaan masa kini yang mengiklankan perniagaan mereka khusus untuk sasaran ini, anda juga perlu memanfaatkannya.

Tawaran Servis Pengiklanan Instagram Ads Kami

Boleh Menjalankan Iklan Pada Sebarang Bajet

Kami akan metapkan jumlah amaun yang anda ingin belanjakan setiap hari atau sepanjang tempoh iklan / kempen berjalan. Jangan risau, bajet boleh diubah pada bila-bila masa. Anda juga perlu menetapkan amaun maksimum untuk bidaan yang anda sanggup bayar apabila seseorang melihat iklan atau mengambil tindakan yang anda mahukan.

Sasaran Penonton Berdasarkan Pilihan

Kami akan memilih sasaran pengguna yang sesuai untuk melihat iklan anda. Antara sasaran yang digunakan adalah seperti minat, peranti yang digunakan atau ciri-ciri demografi seperti umur, jantina, bahasa, tempat tinggal dan lain-lain. Teknik ini adalah bagi memastikan iklan dapat disalurkan kepada kumpulan pengguna yang dikehendaki sahaja.

Ubahsuai Paparan Iklan Mengikut Kreativiti

Kami akan memilih rupa bentuk iklan yang anda kehendaki berdasarkan pakej langganan. Misalnya menggunakan teks, imej, video dan lain-lain. Boleh meletakkan satu atau banyak gambar / video dalam iklan untuk dijadikan sebagai karusel. Iklan juga boleh direka seperti jalan cerita. Semua ini adalah untuk menarik perhatian orang ramai.

Laporan Iklan Sepanjang Kempen Disediakan

Kami akan menyediakan laporan iklan supaya anda boleh melihat perjalanan, perkembangan dan statistik iklan sepanjang kempen berjalan. Laporan yang disediakan adalah berbentuk visual yang mudah difahami dan menarik. Dengan laporan tersebut, ianya dapat membantu anda untuk melihat prospek kekuatan & kelemahan iklan yang dicipta.

Pakej Harga Pengiklanan Instagram Ads

Ingin Tahu Servis Pengiklanan Yang Lain?

Ketahui potensi pengiklanan melalui kaedah pemasaran emel.