Soalan Lazim

Sebagai rujukan anda, berikut merupakan pertanyaan-pertanyaan atau soalan lazim mengenai servis yang kami tawarkan.

Masih Mempunyai Soalan?

Tidak Menemui Jawapan Anda Dalam Soalan Lazim Di Bawah?

Soalan Umum

Bolehkah Langganan Servis Dibuat Jika Tinggal Di Luar Lembah Klang?

Boleh. Segala urusan dijalankan melalui e-mel, telefon, Whatsapp dan Portal Pelanggan.

Apakah Kaedah Bayaran Yang Digunakan?

Kami menerima bayaran melalui fpx & deposit tunai melalui CIMB bank.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Portal Pelanggan?

Ia adalah portal untuk klien yang mempunyai pangkalan pengetahuan (manual & tutorial), sistem sokongan yang membolehkan klien menyatakan masalah yang timbul dengan menghantar tiket sokongan, dan projek (untuk melihat status perkembangan projek).

Adakah Klien Masih Boleh Menghubungi MHIBUS Selepas Tamat Projek?

Selagi Servis Sokongan Premium masih belum tamat, klien boleh menghubungi terus, manakala klien yang hanya melanggan Servis Sokongan Biasa boleh menghantar tiket sokongan dalam portal pelanggan.

Bagaimanakah Cara Untuk Menghubungi MHIBUS?

Untuk sebarang pertanyaan atau cadangan, sila hubungi/mesej/WhatsApp kami melalui telefon atau mengisi borang yang disediakan di halaman ‘Hubungi Kami’.

Servis Bina Laman Web

Aplikasi Web (CMS) Apakah Yang Akan Digunakan?

WordPress.

Berapa Lama Masa Diperlukan Untuk Laman Web Siap?

14 hari tempoh ditetapkan namun jika segalanya lancar, 7 hari boleh disiapkan.

Adakah Reka Bentuk Berdasarkan Tempahan Khas (Custom Made) Klien?

Reka bentuk adalah berdasarkan templat pilihan & pengubahsuaiannya adalah terhad namun ianya lebih fleksibel & mudah digunakan serta banyak fungsi-fungsi tambahan. Custom Made juga boleh dibuat tetapi akan dikenakan caj berdasarkan tahap kesukaran.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Domain Dan Hosting?

Secara ringkas domain adalah alamat laman web misalnya mhibus.com manakala hosting adalah tapak laman web dan kedua-duanya mempunyai yuran tahunan yang perlu dibayar.

Bagaimana Dengan Langganan Domain Dan Hosting?

Kami tidak menyediakan langganan domain dan hosting kerana memberikan kebebasan untuk anda memilih. Tetapi kami juga akan memberikan nasihat serta tunjuk ajar atau boleh membuat langganan untuk anda.

Adakah Klien Dibenarkan Membuat Bayaran Deposit?

Ya sebanyak 50+%. Tetapi bayaran deposit hanya untuk langganan servis melebihi RM 250.00 sahaja.

Servis Apakah Yang Digunakan Bagi Pembayaran Atas Talian (Online Payment Gateway) Untuk Laman Web E-Commerce?

Anda boleh menggunakan PayPal atau memilih senangPay, Billplz, MOLPay dan eGHL sebagai servis tambahan.

Adakah Saya Akan Dikenakan Yuran Tahunan?

Anda hanya perlu membayar yuran tahunan domain dan hosting sahaja serta yuran untuk online payment gateway jika ada. Jika anda menempah melalui Tempahan Pintar (custom specification), terdapat beberapa fungsi pilihan yang memerlukan langganan 1 tahun.

Bagaimana Cara Untuk Membuat Tempahan Laman Web?

Klik butang ‘Tempah’ untuk pakej pilihan atau klik butang ‘Tempahan Pintar’ dimana proses kaji selidik akan dijalankan dan hantar borang pada akhir proses tersebut. Selepas itu anda hanya perlu menunggu respon daripada kami melalui e-mel/telefon untuk sebutharga dan penerangan lebih lanjut.

Apakah Perbezaan Antara Harga Pakej Dengan Harga Tempahan Pintar?

Harga pakej lebih rendah berbanding harga Tempahan Pintar namun ciri-ciri adalah tetap bergantung pada pakej yang dipilih. Sebaliknya anda bebas memilih dan menambah semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh kami melalui Tempahan Pintar.

Bagaimanakah Cara Untuk Menguruskan Laman Web Yang Telah Siap Dibina?

Klien akan diberikan manual serta akses portal pelanggan yang mempunyai manual & tutorial. Tutorial juga diberikan secara terus jika lokasi berdekatan atau menggunakan applikasi live presentation jika lokasi berjauhan selepas projek selesai iaitu sebanyak 4 x 1 sesi/jam selama 1 bulan. Anda boleh melanggan servis Tadbir Urus Laman Web selepas itu jika anda mahu kami uruskan untuk anda.

Servis Reka Bentuk Laman Web

Adakah Servis Reka Bentuk Semula Ini Untuk Semua Jenis Laman Web?

Hanya aplikasi web (CMS) jenis WordPress sahaja.

Adakah Reka Bentuk Berdasarkan Tempahan Khas (Custom Made) Klien?

Reka bentuk adalah berdasarkan templat pilihan & pengubahsuaiannya adalah terhad namun ianya lebih fleksibel & mudah digunakan serta banyak fungsi-fungsi tambahan. Custom Made juga boleh dibuat tetapi akan dikenakan caj berdasarkan tahap kesukaran.

Berapa Lamakah Reka Bentuk Dapat Disiapkan?

14 hari tempoh ditetapkan namun jika segalanya lancar, 7 hari boleh disiapkan.

Semua Servis Pemasaran Online

Adakah Caj Pendaftaran Perlu Dibayar Setiap Tahun?

Tidak. Bayaran caj pendaftaran adalah sekali untuk seumur hidup bagi setiap 1 akaun.

Adakah Terdapat Tempoh Kontrak Bagi Setiap Pakej Servis?

Tiada. Klien boleh menamatkan servis pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang caj.

Berapa Lamakah Iklan Dapat Disiapkan Sebelum Disiarkan?

Hanya 3 hari diperlukan bagi klien baru.

Bagaimanakah Cara Untuk Membayar?

Kami akan menghantar invois untuk caj upah servis manakala bagi caj perbelanjaan pengiklanan akan ditolak daripada akaun bank klien secara automatik.