Terma Dan Syarat

Pengenalan

Pernyataan di bahagian ini merupakan syarat-syarat yang terguna pakai pada laman web MHIBUS di bawah operasi perniagaan MHIBUS SDN BHD dengan nombor pendaftaran perniagaan 1303662-M.

Dengan mengunjungi dan/atau melanggan perkhidmatan pada laman web ini, klien telah memahami, mengakui dan bersetuju bahawa syarat-syarat ini mengikat klien dan merupakan suatu perjanjian antara klien, pihak ketiga yang mengambil bahagian dan kami.

Penafian

Klien dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa MHIBUS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung atau tidak langsung meliputi:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran data klien.
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga terhadap klien.

Pautan

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang berkepentingan dimana laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Jika klien telah menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman web kami, klien perlu ketahui bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas laman web tersebut. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya menerusi laman atau pautan tersebut. Klien dinasihatkan berhati-hati dan melihat dasar privasi serta syarat-syarat yang terpakai untuk laman web tersebut.

Perkhidmatan Pihak Ketiga (Templat, Plugin, Addon)

MHIBUS turut menggunakan khidmat sampingan oleh pihak ketiga yang dipercayai jika klien mahukan servis tersebut. Ini meliputi:

  • Nama domain
  • Pelan hosting
  • Khidmat gerbang pembayaran atas talian
  • Templat, plugin, atau addon tambahan

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga ini adalah diluar kawalan MHIBUS dan klien perlu membaca dan memahami terma & syarat yang dikenakan oleh pihak terbabit. Segala hal berkaitan isu pengembalian wang hanya melibatkan klien dan pihak ketiga sahaja.

Sokongan (bantuan permasalahan), fail kemaskini dan manual atau tutorial daripada pihak ketiga akan diberikan oleh kami jika klien masih lagi mempunyai tempoh langganan sokongan MHIBUS. Klien juga boleh menghantar pernyataan masalah secara terus kepada pihak ketiga tersebut.

Sekiranya klien tidak meneruskan langganan sokongan MHIBUS, namun masih mempunyai langganan sokongan daripada pihak ketiga, klien boleh berurusan dengan pihak ketiga sahaja. Klien akan diberitahu jika perkhidmatan pihak ketiga memerlukan langganan berulang atau percuma selama-lamanya.

Jika terdapat masalah yang timbul akibat daripada penggunaan perkhidmatan pihak ketiga yang ditambah sendiri oleh klien, ianya bergantung pada budi bicara kami sama ada untuk membantu klien atau tidak.

Manual & Tutorial

Manual yang disediakan adalah dalam bahasa Malaysia. Jika klien mahukan manual bahasa Inggeris (sumber luar & lebih mendalam), kami boleh sediakan.

Terdapat 2 jenis tutorial (klien servis Bina Laman Web sahaja) yang akan diberikan kepada klien iaitu tutorial secara terus daripada kami dan tutorial melalui program. Tutorial secara terus adalah sebanyak 4 jam selama sebulan selepas selesai projek manakala tutorial melaui program adalah tiada had penggunaan dalam tempoh sebulan.

Pembatalan & Pengembalian Wang

Sesuai dengan servis profesional yang ditawarkan, MHIBUS juga memberikan peluang kepada klien yang tidak berpuas hati atau tidak mahu meneruskan perkhidmatan yang telah dilanggan jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Klien mempunyai hak untuk membatalkan perkhidmatan sekiranya:

  • MHIBUS tidak dapat menyiapkan projek pada waktu yang telah ditetapkan.
  • Reka bentuk tidak menepati citarasa klien.
  • MHIBUS lambat memberi maklum balas semasa projek berjalan

Segala tuntutan akan diperhalusi dan jika ianya menepati syarat-syarat yang ditetapkan, satu invois pengembalian akan diberikan dan wang akan dikembalikan selepas 2 minggu dari tarikh tuntutan.

Jumlah pengembalian wang tidak termasuk perkara-perkara berikut:

  • Langganan domain
  • Langganan hosting
  • Langganan gerbang pembayaran atas talian
  • Langganan templat, plugin, atau addon daripada pihak ketiga yang direkomenkan oleh pihak kami

MHIBUS tidak akan mengembalikan kos untuk perkara-perkara di atas kerana ia adalah langganan secara langsung antara klien dengan pihak ketiga.

MHIBUS juga tidak akan memulangkan wang yang telah dibayar untuk projek yang telah lama tidak berjalan atas kekurangan data dan sumber daripada pelanggan.

Sokongan

Klien yang mempunyai langganan sokongan dibenarkan menghubungi kami melalui WhatsApp untuk mengetahui perkembangan semasa projek, manual atau tutorial, dan menyatakan masalah yang timbul setelah projek siap.

Tempoh sokongan adalah bergantung pada langganan yang telah dibeli dan notis peringatan untuk menyambung tempoh akses akan diberikan 7 hari sebelum tamat tempoh. Selepas tamat tempoh, klien yang tidak memperbaharui langganan tidak boleh menghubungi kami atas tujuan bantuan kecuali yang berkaitan langganan servis.

Penamatan

MHIBUS boleh menamatkan akses klien ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.

Kami juga boleh menamatkan atau menggantung akaun klien yang tidak aktif, iaitu didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Klien bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap klien atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Pengubahsuaian Pada Perkhidmatan

MHIBUS berhak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan atau sebahagian daripada perkhidmatan sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Klien mengakui dan bersetuju bahawa pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada klien atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan yang ditawarkan.

Perubahan Pada Syarat

MHIBUS berhak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web ini, didapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, kami akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada klien.

Adalah dipersetujui bahawa untuk memastikan klien mengikuti sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini, klien akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa dan secara tetap. Klien selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan klien terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

 

Kemaskini: 21 Ogos 2020